MAKANAN UNTUK PEMULIHARAAN KESIHATAN AYAM SENTIASA CERGAS DAN BERTENAGA |
MAKANAN UNTUK AYAM REMAJA UNTUK MEMPERCEPATKAN TUMBESARAN DAN BULU YANG KEMAS/CANTIK |
MAKANAN UNTUK AYAM YG SIAP UNTUK BERTARUNG/ SABUNG |
Dadak+Nasi+Baja/Pilet |
Dadak+Nasi+sayur |
Jagung+Nasi+Dadak |
Baja/Pilet |
Baja Halus jenis Hitam sesuai untuk anak ayam |
Daging Buaya makanan yang terbaik untuk ayam sabung untuk membolehkan ayam sabung tahan nafas dan mempunyai isi yang keras. daging buaya agak mahal iaitu antara RM40 hingga RM80 sekilogram
Padi
Makanan harian ayam sabung sebaiknya ialah Padi tetepi pada masa sekarang padi sukar di dapati kecuali pesawah.
Jagung
Selain Pada kebanyak pemulihara ayam sabun suka menggunakan jagung untuk Ayam peliharaan mereka kerana agak senang mendapatkannya dan harga yang agak murah iaitu RM 1.60 sekilogram.
Baja Ayam/Pilet
Baja Ayam banyak terdapat di pasaran dan mempunyai beranika jenis baja hanya sesuai untuk anak-anak ayam sabun dalam proses tumbasaran iaitu yamg berumur 6 bulan ke bawah.
Makanan
a) Memperolehi bekalan makanan dari kilang makanan yang menerapkan amalan pembuatan yang baik (GMP) atau amalan yang diperakukan bersamaan dengannya oleh Jabatan Perkhidmatan Haiwan
b) Menyimpan makanan di tempat yang mempunyai ventilasi yang baik yang tidak mendedahkan makanan mengalami kerosakan mutu, pertumbuhan kulat dan pembiakan serangga.
c) Menyimpan makanan di tempat yang bersih, kalis tikus dan burung.
d) Tidak menyimpan bahan-bahan racun di ruang premis yang menyimpan makanan.
d) Tidak menyimpan bahan-bahan racun di ruang premis yang menyimpan makanan.
e) Makanan tidak disimpan lama. Bagi tempat simpanan makanan yang berlantai simen atau tanah, makanan disimpan di atas alas tinggi lebih kurang 15sm.
f) Memantau mutu dan kebersihan makanan dari masa ke semasa
f) Memantau mutu dan kebersihan makanan dari masa ke semasa
Air Minum
a) Menggunakan air dari sumber yang bersih atau air yang telah dirawat terlebih dahulu dengan menggunakan bahan seperti klorin dan lain-lain bahan sanitiser yang diluluskan oleh kerajaan
b) Mengelakkan air minuman dari dicemari. AIr minuman disimpan di dalam bekas yang tertutup dan mudah dicuci.
c) Menggunakan bekas menyimpan air minum yang tidak mudah berkarat dan tidak diperbuat dari bahan yang boleh menyebabkan keracunan.
d) Memantau kualiti air (pH, kandungan kimia, kuman, logam, bau, warna) dari masa ke semasa.
d) Memantau kualiti air (pH, kandungan kimia, kuman, logam, bau, warna) dari masa ke semasa.
Kandungan air minuman yang baik
| |
pH
|
6.5 - 8.0
|
Jumlah pepejal terlarut
|
< 550 ppm
|
Klorida
|
< 250 ppm
|
Besi
|
< 0.3 ppm
|
Sulfat
|
< 250 ppm
|
Nitrat
|
< 10 ppm
|
Nitrit
|
< 1 ppm
|
Klorin
|
< 0.05 ppm
|
Oksigen
|
7 - 14
|
PANDUAN MEMELIHARA AYAM KAMPONG SECARA KECILAN
PENDAHULUAN
Aktiviti penternakan ayam kampong telah ujud zaman berzaman sejak datuk nenek kita dahulu. Generasi pertama ayam atau nama saintifiknya Gallus domesticus adalah dari keturunan ayam hutan merah (Gallus gallus) . Dengan kemasukan pedagang-pedagang dari Negeri China lahirlah generasi kedua ayam kampong iaitu kacukan diantara ayam kampong generasi pertama dengan ayam kampong Canton dari Negeri China. Generasi ketiga ayam kampong adalah terhasil dari kacukan beberapa baka asli dari luar negeri yang dibawa oleh penjajah Eropah dengan generasi kedua ayam kampong. Dengan ketiadaan sistem kacukan yang dirancang dan terkawal maka terhasillah berbagai-bagai ayam kampong yang dapat kita lihat hari ini . Adalah sukar untuk menghuraikan jenis- jenis ayam kampong dari sifat-sifat fizikalnya. Perbezaan ketara adalah dari saiz badan juga menjadikan ayam kampong mempunyai ciri-ciri keunikannya tersendiri. Maka lahirlah berbagai gelaran ayam kampong seperti Ayam Botak, Ayam Bulu Balik, Ayam Selasih, Ayam Janggut, Ayam Laga atau Sabung, Ayam Togel, ayam Katik atau Ayam Jepun dan bermacam-macam lagi gelaran mengikut tempat dan loghat.
TUJUAN MEMELIHARA AYAM KAMPONG
Adalah untuk menggalakkan penternak kecil memelihara ayam kampong. melalui aktiviti ini negara dapat mengimport bahan-bahan makanan ayam disamping meningkatkan pengeluaran bahan-bahan makanan ayam tempatan. Disamping itu;
Telur dan daging untuk makanan keluarga
Telur boleh ditetaskan untuk pembiakan
Andai berlebihan boleh dijual untuk menambah pendapatan.
Telur boleh ditetaskan untuk pembiakan
Andai berlebihan boleh dijual untuk menambah pendapatan.
KEISTIMEWAAN AYAM KAMPONG
Boleh dibiakkan sepanjang tahun
Boleh dipelihara secara bebas pada waktu siang
Sisa makanan rumah boleh diberikan tanpa had
Ibu dapat menetaskan telur dengan sendirinya.
Ibu boleh mengawal anak-anaknya dari cuaca sejuk dan gangguan musuh
Boleh dipelihara secara bebas pada waktu siang
Sisa makanan rumah boleh diberikan tanpa had
Ibu dapat menetaskan telur dengan sendirinya.
Ibu boleh mengawal anak-anaknya dari cuaca sejuk dan gangguan musuh