Selapas disapu minyak kelapa dara kulit ayam sabung menjadi halus selapas kali pertama dan keesokan harinya tidak ada kurap lagi. |
Minyak kelapa dara V'COL amat berkesan untuk merawat pelbagai penyakit. |
Penggunaan minyak kelapa dara pada perubatan ayam sabung untuk menghilangkan kurap dan menyembuhkan luka-luka selapas sabung.
Ramuan.
Ramuan 100% minyak kelapa dara. Diproses tanpa menggunakan haba dan bahan kimia. Meningkatkan sistem imun,tidak mengandungi kolesterol, bertindak sebagai anti-oksidan dan anti-mikrobial.
Kandungan
100 % minyak kelapa dara.
Cara Penggunaan
Dewasa :
1 Sudu Besar 2X sehari
(sebelum atau selepas makan)
Kanak-kanak:
1 Sudu Kecil 2X sehari
(sebelum atau selepas makan)
Rahsia Alam Terbongkar !!
1. AntiVirus dan AntiBakteria
2. AntiOksida yang Kuat
3. Pemangkin metabolisma badan
4. Persamaan kekuatan susu ibu
Khasiat Umum Minyak Kelapa Dara
1.Membersihkan dan memberi kelegaan pada saluran pernafasan.Sesuai untuk mengeluarkan kahak dan melegakan asma
2.Memudahkan pengeluaran toksin sama ada melalui pembuangan najis atau air kencing
3.Berupaya membunuh protozoa bakteria yang tidak berguna dalam perut sekaligus memudahkan proses penghadaman
4.Sebagai sumber tenaga segera.Minyak kelapa dara akan menyerap terus ke dalam darah sekaligus meningkatkan metabolisme tubuh
5.Keimunan badan di pertingkatkan..Sukar mendapat penyakit.Insya Allah
6.Mengurankan rasa lapar .bila sistem penghadaman berjalan lancar tubuh mendapat lebih banyak khasiat dan tenaga . Berat badan terkawal dan tak perlu makan lebih kerap..
7.Mengurangkan risiko terbentuknya pada saluran darah.Boleh mengelakkan komplikasi penyakit jantung
8. Sel Sel mati dapat di gantikan dengan cepat dan keanjalan kulit dapat di pertingkatkan
9.Mengurangkan masalah rambut gugur dan kelemumur
MINYAK KELAPA DARA
" Tidakkah kamu perhatikan bagaimana Allah telah membuat perumpamaan: Kalimat yang baik itu seumpama Pohon yang baik , akarnya tetap teguh dan cabangnya menjulang ke langit.pohon itu mengeluarkan buah setiap masa dengan izin TuhanNya.Allah membuat perumpamaan itu untuk membuat manusia supaya selalu beringat"
Surah Ibrahim Ayat 24 - 25
Khasiat Minyak Kelapa Dara
Khasiat Minyak Kelapa Dara1 - Melegakan pernafasan – mencairkan kahak dan membersihkan laluan pernafasan dan kerongkong
2 - Melawaskan pembuangan air besar dan kecil – menyelesaikan masalah sembelit dan kencing tidak lawas serta membuang toksn melalui najis.
3 - Meningkatkan kadar metabolisma pada seluruh sel tubuh – Minyak kelapa dara akan diserap terus sebagai komponen tenaga dalam badan – badan anda akan terasa lebih bertenaga
4 - Di dalam usus kecil dan besar ia memusnah organisma perosak, seperti virus, bakteria, kulat dan protozoa (cacing). Dengan nya penghadaman mencapai tahap maksimum.
5 - Mengurangkan keadaan mudah lapar – bila penghadaman mencapai tahap maksima tubuh mendapat lebih khasiat dan tenaga.
6 - Oleh itu berat badan terkawal – tidak perlu makan banyak dan kerap
7 - Mengurangkan kandungan lemak badan – berat badan turun mengikut kesesuaian tubuh badan seseorang.
8 - Tidak mudah mendapat jangkitan penyakit – dengan bertambah kuatnya sistem kekebalan tubuh.
9 - Mengurangkan kelekitan platelet darah – kelekitan platelet adalah faktor penyumbang kepada pembentukan plak pada saluran darah.
10- Mengurangkan risiko serangan sakit jantung dan darah tinggi – mengelakkan terbentuknya plak pada saluran darah terutama saluran yang berhubungan dengan jantung.
11- Mempercepat pengantian sel-sel mati dengan yang baru – mengembalikan keanjalan, kelembutan dan kehalusan kulit.
Kesan Jangka Panjang Pengambilan Minyak Kelapa Dara Pada Tubuh.
1 - Mengurangkan kadar kolestrol – ia sendiri tidak mengandungi kolesterol. Oleh itu ia adalah alternatif terbaik bagi minyak-minyak lain yang mengandungi kandungan kolesterol yang tinggi
2 - Mengawal kencing manis - pankrease lebih efisien mengeluarkan insulin sementara sel bekerja lebih cekap mengambil gula darah keperluannya.
3 - Mengatasi masalah penyakit degeneratif dan masalah usia umur lanjut - anti oksida semulajadi dalam minyak kelapa dara adalah penghambat pembentukan radikal bebas.
4 - Tidak meningkatkan paras kelekitan platelet dalam darah – mengatasi pembentukan plak pada pembuluh darah yang menjadi anatara faktor punca serangan jantung.
5 - Tubuh lebih tahan serangan penyakit kerana memiliki agen anti virus, anti bakteria, anti fungus dan anti protozoa.
6 - Mendapatkan kembali keanjalan, kelembutan kulit – ia mempercepat pergantian sel-sel kulit yang mati dengan sel yang baru, selain melindungi dari sinaran ultra violet.
7 - Pertumbuhan rambut lebih baik dan kelemumur akan hilang – sel rambut akan mendapat tenaga dan zat yang mencukupi untuk pertumbuhan maksima.
8 - Terhindar dari gejala alahan – minyak kelapa dara bertindak sebagai agen anti histamine.
9 - Mengelakkan risiko sakit kanser – minyak kelapa dara memusnahkan sebarang kehadiran organisma pathogen. Dengan itu sel darah putih mampu bertindak secara maksima memusnahkan sel kanser, kerana ia tidak terbeban menghadapi organisma pathogen.
10- Keadaan berdengkur akan hilang – kerana saluran pernafasan dan anak tekak akan kembali anjal dan elastik hasil kewujudan sel-sel baru padanya.
Sabah & Sarawak: Jaja ayam sabung
Oleh M Hifzuddin Ikhsan
hifzuddin@bharian.com.my
2010/11/30
Oleh M Hifzuddin Ikhsan
hifzuddin@bharian.com.my
2010/11/30
AH KONG menjual ayam laga di sebelah tokong Cina di Bintulu.
Peniaga dakwa ‘jual tidak salah, main banyak salah’
BINTULU: "Jual tidak salah, main banyak salah," kata seorang penjual ayam sabung yang hanya dikenali sebagai Ah Kong, 56, yang menjalankan perniagaan menjual haiwan berkenaan secara terbuka sejak lebih lima tahun lalu.

Tidak pernah berasa gentar dengan tindakannya, gelagat Ah Kong menjual ayam sabung yang didakwa dibela dari Sibu sentiasa mencuit hati orang ramai kerana sekali-sekala dia akan 'mengacah' ayam berkenaan menyebabkan ia mengembangkan lehernya.
Dengan harga ayam sabung bermula dari 'serendah' RM200 hingga RM500, maka tidak hairan lebih banyak orang yang hanya gemar melihat haiwan itu daripada membelinya, kecuali pada 'kaki sabung' yang benar-benar yakin kemampuan ayam milik Ah Kong.
Dia yang berasal dari kawasan berdekatan Sibu berkata, menjual ayam sabung memerlukan kesabaran kerana hanya seekor ayam dapat dijual dalam tempoh dua ke tiga hari, malah ada ketika sehingga seminggu ayamnya tidak terjual.
"Ayam sabung saya adalah daripada baka terbaik yang diimport dari Filipina yang terkenal dengan ayam sabung yang amat kuat dan berani berbanding ayam sabung tempatan yang tidak begitu mendapat sambutan peminat.
"Lihat saja bulu dan warnanya yang garang, kita akan tahu ayam ini bukan calang-calang dengan ia mampu memberi cabaran kepada pemilik yang memilikinya, selain kepada 'kaki sabung' yang bertaruh ke atasnya.
"Berikutan itu harganya boleh mencecah sehingga RM500 kerana teknik penjagaan dan kualiti ayam sabung ini tidak boleh dinafikan mana-mana pihak, malah induk ayam sabung ini mempunyai bilik mengeram khas berhawa dingin," katanya ketika ditemui, di sini, baru-baru ini.
Difahamkan, polis tidak mengambil sebarang tindakan ke atas Ah Kong kerana dia tidak melakukan kegiatan pertaruhan haram atau bersabung ayam ketika menjalankan perniagaan yang dilakukan secara terbuka itu.
Ah Kong bagaimanapun tidak mengetahui berapa banyak ayam sabung yang dijualnya berjaya memenangi pertandingan kerana selepas proses jual beli, dia tidak akan lagi mencampuri sebarang hal membabitkan pembeli.
Katanya, dia mendapat kebenaran pihak tokong untuk menjual ayam di sini, tetapi mereka tidak benarkan saya langsung menganjurkan pertandingan menyabung ayam kerana ia jelas melanggar undang-undang kerana ia pasti membabitkan pertaruhan.
Beliau berkata, pembeli yang membeli ayam sabung di sini dibenarkan cuba menyabung ayam berkenaan namun tanpa menggunakan pisau taji yang selalunya akan dipakaikan ketika pertaruhan kerana ia boleh menyebabkan ayam mati.
"Bagaimanapun, saya berani mengatakan ayam sabung ini adalah antara yang terbaik, malah ada orang kenamaan yang pernah membeli ayam saya ini dan memenangi pertaruhan lebih RM100,000," katanya tetapi enggan mendedahkan siapa pembeli berkenaan.
Sesiapa saja yang berkunjung ke bandar yang terkenal dengan industri pengeluaran gas asli berkenaan boleh menemui Ah Kong yang menjalankan perniagaannya setiap hari.
Keningau, pusat judi sabung ayam terbesar di dunia?
In Sabah on January 30, 2008 at 9:55 am
malaysia-today.
“Selepas dapat IC, BN kasi, saya tidak takut lagi dan boleh kawan dengan polis. Kalau dulu, takut kerana tiada IC,” ujar Rajak yang berasal dari Tawi-Tawi, Selatan Filipina dan mengakui mendapat kad pengenalan projek yang ditaja UMNO Sabah sekitar 1992.
Rajak memelihara lebih 100 ekor ayam sabung baka baik dan menjadi tempat peminat ayam sabung mendapatkan ‘jaguh’ mereka kerana ayam peliharaan Rajak gagah, garang dan dipercayai diberikan vitamin secukupnya dan disuntik steroid.
Setelah mencuba lebih lima kali, akhirnya Rajak bersetuju menyusup masuk dua krew Malaysia Today yang menyamar sebagai peminat ayam sabung setelah membeli seekor ayamnya yang berharga RM2,200 untuk bersabung di gelanggang sabung ayam terbesar di dunia ini yang dihalalkan Polis di-Raja Malaysia (PDRM), kerana dijaga oleh seorang polis berpangkat ASP dan dua orang sarjan dan seorang lanskopral (nama tidak dikenali kerana mereka berkawal di tempat rahsia).
“Kita tidak kisah bayar 20 persen wang kemenangan kita. Yang penting boleh sabung dan tidak ada orang kacau. Jauh sikit tidak apa,” ujar Gabriel Pascua yang datang dari Sandakan semata-mata untuk menyabung ayam.
Gabriel antara 200 orang peminat ayam sabung dan berbelanja sekurang-kurangnya RM3,000 seminggu atau jika hari kelepasan am mencecah RM10,000.
“Memang adat judi. Ada masa kita menang banyak. Ada masa kita rugi besar. Tapi selama ini saya jarang kalah,” ujar Gabriel yang turut mengikuti acara Sabung Ayam di Gelanggang Taman Tshun Ngen, Sandakan dan Batu 15, Jalan Apas, Tawau.
Ketika perlawanan pada hari minggu tersebut, sejumlah RM570,000 telah dipertaruhkan melalui lebih 20 perlawanan dengan purata satu pusingan RM30,000. more…
TUARAN: Peminat permainan tradisional sabung ayam di daerah ini merayu kerajaan membenarkan mereka bergiat secara sah sebagai sebuah kelab dilesenkan kerana kegiatan itu mampu memikat pelancong.
Oleh itu, mereka berharap kerajaan dapat mempertimbangkan memberi lesen kepada permainan tradisional yang cukup diminati penduduk kerana mempunyai nilai tersendiri dari segi keunikan.
Mereka sependapat sabung ayam wajar dilakukan secara sah mengikut peraturan kerajaan melalui pemberian lesen kepada mereka yang mengendalikan kegiatan itu.
Aktivis masyarakat di sini, Attau Ossal, berkata ketika ini, ada empat lokasi mengendalikan permainan sabung ayam di daerah itu yang lazimnya diadakan dua kali seminggu.
"Jika permainan lumba kuda boleh diberi lesen kebenaran menjalankan kegiatan, kenapa pula permainan tradisional sabung ayam diharamkan kerana ia sudah lama dikenali ramai.
"Permainan ini mampu menarik lebih 1,000 peminat termasuk pelancong dari Brunei Darussalam, Sarawak, Semenanjung dan Thailand menyaksikan permainan itu setiap kali diadakan.
"Ini menunjukkan permainan tradisional ini yang pernah dianggap sebagai perjudian haram itu mampu menarik kedatangan pelancong jika pengendaliannya dibenarkan secara sah," katanya, di sini.
Attau berkata, permainan tradisional sabung ayam itu pernah dibenarkan suatu ketika dulu, tetapi mula diharamkan ketika bawah pemerintahan kerajaan Berjaya.
Katanya, memandangkan permainan itu masih mempunyai ramai penggemar di negeri ini terutama di Tuaran, kerajaan wajar mempertimbangkan pemberian lesen kepada kegiatan berkenaan.
"Langkah membenarkan permainan itu dijalankan secara sah dapat mengelak penggemarnya terdedah kepada bahaya apabila terpaksa melarikan diri ketika polis melakukan serbuan," katanya.
Sehubungan itu, Ossal berkata, kerajaan boleh menetapkan kadar bayaran lesen permainan itu seperti dikenakan kepada pengusaha kedai permainan snuker.
Ketika ini, katanya, pejabat daerah mengenakan bayaran RM45 sebulan setiap meja permainan snuker di Tuaran, membolehkan penggemar permainan itu bebas mengunjungi premis berkenaan.
Attau berkata, sebagai masyarakat prihatin mengenai kesan kewujudan kegiatan perjudian haram di negeri ini, mereka mahu bersama-sama kerajaan menghapuskan kegiatan itu secara berkesan.
Bagaimanapun, katanya, kerajaan perlu juga bertolak ansur terhadap sesetengah permainan tradisional seperti sabung ayam supaya dibenarkan pengendaliannya secara sah.
Maybankard 2 Cards. 2 is all you need. Find out more.
KUALA LUMPUR – Taktik empat lelaki yang menjadikan kawasan rumah kongsi warga Indonesia sebagai gelanggang sabung ayam sejak beberapa bulan lalu terbongkar apabila diserbu di tapak projek kondominium separuh siap di Taman Melati, Wangsa Maju di sini semalam.
Ketika diserbu pada pukul 4 petang itu, empat lelaki tersebut bersama hampir 100 kaki judi yang pada mulanya ghairah bersorak semasa ayam masing-masing sedang bersabung, bertempiaran lari ke dalam kawasan semak berhampiran.
Difahamkan, empat lelaki berkenaan telah memungut wang pertaruhan yang mencecah RM300,000 sejak ia beroperasi.
Kaki judi itu juga turut memasang pisau kecil pada taji ayam-ayam sabung mereka bertujuan untuk mempercepatkan kemenangan.
Pegawai Turus Cawangan Anti Maksiat, Kongsi Gelap dan Perjudian (D7) Kuala Lumpur, Deputi Supritendan Razali Abu Samah berkata, pihaknya menahan 56 kaki judi termasuk penganjur berkenaan berusia antara 20 dan 50 tahun dalam serbuan itu.
RAWANG – Kebiasaannya kaki judi memilih lokasi eksklusif untuk berjudi tetapi serbuan di sebuah gelanggang sabung ayam di Taman Saujana Utama, Bandar Country Homes di sini lain pula yang berlaku.
Tauke-tauke dan ahli perniagaan yang datang berjudi di situ sanggup berpanas dan duduk di atas kerusi papan semata-mata hendak melihat ayam yang dipertaruhkan sebanyak RM22,000 bagi setiap perlawanan bertarung.
Selain itu, kaki judi juga sanggup datang ke gelanggang yang terletak di tepi sebuah kolam ikan air tawar di situ walaupun terpaksa menempuh perjalanan yang jauh dari Selangor, Melaka dan Pahang.
Bagaimanapun, kegiatan yang didalangi oleh seorang lelaki dari Kundang di sini sejak enam bulan lalu tidak ke mana apabila gelanggang itu diserbu pada pukul 4 petang kelmarin.
Dalam serbuan itu, seramai 29 kaki judi termasuk tiga wanita berusia di antara 30 dan 65 tahun ditahan. Dua daripada wanita itu merupakan warga Indonesia manakala seorang lagi warga tempatan.
Oleh: HENDRA BASIL (sabahkini)
BANDAR ‘Kayu Manis’ (Koningau) Keningau semakin manis bagi pada penggemar judi Sabung Ayam bertaji pisau kerana sebuah Pusat Sabung Ayam akan mula dibuka pada Jumaat ini di kawasan perumahan kakitangan Jabatan Perhutanan di Tivao, Jalan Keningau-Kalabakan setelah pusat sebelum ini di Kampung Sogon telah ditutup Unit D7, Bukit Aman pada tahun lalu.
Menurut maklumat Krew Sabahkini.net di Keningau, sejak tiga hari lalu, merata ceruk Keningau telah kedengaran kokok ayam sabung dan pendaftaran telah dimulakan pada Isnin lalu bagi perlawanan pada Jumaat hingga Isnin ini sempena Sambutan Tahun Baru Cina.
Para penjudi sudah mula mendatangi Bandar Keningau termasuk daripada Sarawak, Filipina, Indonesia, Brunei dan seluruh Sabah dan hamper semua hotel di Keningau telah penuh ditempah mulai kelmarin.
Para peserta daripada Brunei masih berlegar di kawasan Tenom untuk mengelak daripada serbuan mengejut D7 kerana mereka membawa ayam dan jumlah pertaruhan yang besar.
Judi Sabung Ayam yang telah popular di Keningau sejak 20 tahun lalu didalangi seorang pegawai kanan polis berpangkat ASP yang telah ditukar ke daerah lain setelah D7 mendapat bukti beliau terlibat dan mendalangi kegiatan judi sabung ayam dan 4D haram. Sehingga kini, setiap bulan ASP berkenaan akan kembali ke Keningau untuk mengutip tol judi haram yang masih mendominasi Keningau.
Ketua Polis Keningau, DSP Zahari Mohamed yang mula menonjol selepas ASP berkenaan ditukar berjaya menangkap ramai pemilik bakakuk (senapang buatan sendiri) namun belum berjaya menghalang kegiatan’Judi Sabung Ayam’ yang menjadi trademark kepada Keningau.
Pusat Sabung Ayam ‘Jabatan Perhutanan’ dikendalikan seorang promoter terkenal sejak 20 tahun lalu, yang dikenali sebagai ‘Mr Wai’ dengan bantuan ‘Kah Liew’ seorang pengurus sebuah kilang papan yang dimiliki seorang peguam ternama di Sabah.
Tidak diketahui apakah Pengarah Perhutanan Sabah, Datuk Sam Mannan, mengetahui atau merestui Kawasan Hutan Simpan digunakan untuk Pusat Judi Sabung Ayam kerana umum sedia maklum Hutan Simpan tidak boleh dimasuki sesuka hati, apatah lagi untuk berjudi.
Mr Wai juga terlibat dengan kegiatan pengedaran syabu dan sentiasa dikawal ketat tidak kurang 10 orang pengikutnya sehingga tidak ada polis Keningau berani menyentuhnya kerana hubungan baiknya dengan pegawai kanan polis di Sabah dan Bukit Aman.
Dalam serbuan Unit Khas D7 daripada Bukit Aman tahun lalu, seramai 23 penjudi telah diberkas dan ditahan tanpa jaminan selama satu minggu sebelum mereka dihadapkan ke mahkamah dan didenda dan menjadi tamparan yang hebat kepada Kontingen Polis Sabah yang selama ini ada pegawai kanannya disyaki menjadi ‘Pelindung’ kepada aktiviti maksiat, dadah, judi dan kongsi gelap di Sabah.
Ketika itu, Pesuruhjaya Polis Sabah dan Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman tidak tahu menahu ’serbuan’ yang dilakukan Unit Khas D7 berkenaan dan hanya mampu mengucapkan ‘Tahniah’ dengan nada sinis dan senyuman sumbing!
Pusat Sabung Ayam yang terbesar terletak di Kampung Sogon, Jalan Kimanis-Keningau dan menjalar sehingga ke dalam hutan simpan Banjaran Crocker.
Kegiatan sabung ayam di kampung Sogon ini amat luar biasa kerana dikawalselia oleh Ketua Bahagian Siasatan Jenayah Keningau, ASP Bong Kuet Khiun.
Bong yang ditugaskan ke Keningau sejak 1993 merupakan ‘orang kanan’ Mantan Pesuruh Jaya Polis Sabah, Datuk Pahlawan Haji Ramli Yusuff selain ASP Leong.
Bagi mengenang jasanya sebagai ‘orang kanan’ yang menjadi ‘bill collector’, Pesuruhjaya Polis Sabah telah menyokong Bong dinaikkan pangkat daripada Ketua Inspektor kepada ASP.
“Kami rasa selamat bersabung ayam di sini. Nah kau tau sapa, itu ASP Bong yang jaga. Pandai-pandailah kalau mau hidup. Yang penting kami boleh sabung ayam,” ujar Rajak Kanduhang secara jujur ketika ditemui di rumahnya di Kampung Lingkudau.
Rajak yang berbangsa Suluk memelihara ayam sabung baka Filipina dan Saigon merupakan ‘kaki sabung ayam’ sejak 1994’.
TAUKEY…. Bong (memegang ayam) kini ‘mengusahakan’ gelanggang ayam sabung di Kampung Sogon. Pisau (taji-gambar bawah) ini dipasang di kaki ayam untuk memastikan lawannya tumpas dengan cepat.

Gabriel antara 200 orang peminat ayam sabung dan berbelanja sekurang-kurangnya RM3,000 seminggu atau jika hari kelepasan am mencecah RM10,000.“Memang adat judi. Ada masa kita menang banyak. Ada masa kita rugi besar. Tapi selama ini saya jarang kalah,” ujar Gabriel yang turut mengikuti acara Sabung Ayam di Gelanggang Taman Tshun Ngen, Sandakan dan Batu 15, Jalan Apas, Tawau.
Ketika perlawanan pada hari minggu tersebut, sejumlah RM570,000 telah dipertaruhkan melalui lebih 20 perlawanan dengan purata satu pusingan RM30,000.
Bong dan kuncu-kuncunya yang paling seronok kerana mendapat wang kocek sekurang-kurangnya RM164,000 setiap kali acara sabung ayam selepas para pekerja menerima gaji atau pada hari kebesaran atau perayaan.
Walaupun ramai pemimpin dan penduduk kampung telah mengadukan hal ini kepada polis dan pihak berkuasa termasuk BPR, namun tindakan membanteras kegiatan judi ini tidak mungkin dapat dibasmi kerana penglibatan ramai pihak termasuk Pesuruhjaya Polis Sabah.
Sebelum ini Malaysia Today pernah melaporkan Bong telah membebaskan ramai pemilik out-let 4D haram yang ditangkap dalam operasi khas dan menjadikan ‘wang tebusan’ sebagai sara hidupnya, namun Bong dinaikkan pangkat sekalipun Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan berjanji akan memindahkan Bong.
Bong telah mengarahkan seorang polis, Koperal Balasius Anak Nyalong untuk memungut ’10 peratus daripada keuntungan bersih’ 4D’ haram daripada seorang Taukey Judi Haram, Yap Chin Fatt.
Ketika lawatan Pesuruhjaya Polis Sabah, Datuk Mangsor Ismail, ke Keningau pada 14 Sep-tember 2006, Bong telah menutup mulut Mangsor dengan ‘sejumlah angpau’ apabila ramai pegawai polis dan pemimpin politik membisikkan kegiatan 4D haram begitu berleluasa tanpa se-barang tindakan drastik polis.
Aktiviti 4D Haram ini di Keningau dikendalikan oleh Yap Chin Fatt (Huat) @ Ah Fatt yang tinggal di No. 27, Taman Adika, Keningau. Yap sering dilihat memandu kereta Honda SA3333A berwarna hitam. Beliau menjalankan perniagaan 4D haram selama 10 tahun termasuk Wahui dan penyeludupan rokok dan arak tanpa cukai. Pengaruhnya amat ketara apabila boleh ‘membeli’ semua pegawai penguatkuasa dengan wang yang dimilikinya untuk menguasai industri 4D haram.
Yap dibantu oleh seorang lelaki yang dikenali sebagai Wong. Dia menetap di rumah bernombor 21, Taman Hong Lok, Fasa 1, Keningau. Wong merupakan orang penting Yap yang mengawal lebih 150 orang pekerja. Wong sering kali kelihatan berlegar-legar di Balai Polis Keningau terutama apabila anggotanya ditahan polis dan memandu Mercedes berwarna emas bernombor SA93.
Yap turut dibantu oleh Ah Ming yang tinggal di rumah bernombor 198, Taman Future City, Keningau dan kelihatan sering memandu kereta Toyota berwarna putih bernombor SA909C. Ah Ming merupakan perintis operasi kerana menjalankan modus operandi aktiviti 4D haram dan Wahui sejak 15 tahun lalu tanpa sebarang ’gangguan’ daripada pihak berkuasa walaupun beratus laporan telah dibuat oleh orang awam, Ah Ming begitu pintar dan mempunyai ‘kabel’ di dalam Balai Polis Keningau, Ibu Pejabat Polis Kepayan dan Bukit Aman. Dia terlebih dahulu mengetahui bila serbuan akan dibuat dan lazimnya dia akan memberhentikan kegiatan buat sementara waktu sehingga serbuan selesai.
Modus operandi 4D haram ini begitu mudah kerana pasaran tersedia terutama ’kubu’ warga asing Filipina dan Indonesia yang bekerja di kilang papan dan kontrak kerajaan yang mem-budayakan judi sebagai ’halal’ dan ’suka-suka’ untuk mendapatkan rezeki.
Tiket 4D haram ini dicetak di Kota Kinabalu di Inanam dan diedarkan oleh pengedar berdaftar dan dijual secara terbuka di kedai yang dilantik oleh Yap, Wong dan Ah Ming. Setiap hari se-orang lelaki yang menunggang motorsikal akan datang membuat kutipan dan menyerahkan kepada Yap.
Cabutan mingguan akan dibuat pada setiap hari Isnin (atau hari lain) di rumah Ah Ming di Taman Future City yang akan dikerumuni agen dan orang ramai secara bebas dengan kawalan polis berpakaian biasa. Jika ada serbuan atau sebarang gerakan mengejut mereka akan beredar secara senyap atau berlagak seolah ada majlis sambutan ulang tahun atau kesyukuran.
Sehingga kini, ’Geng 3 Stoogies’ ini telah melantik 17 out-let menjual tiket mereka iaitu Kedai Kopi Tip Top, Kedai Seiko Tailor, Kedai Kopi Long Fatt, Kedai Capital Milk Bar, New Capitol, Kedai Kopi Gracia, Wei-Wei Shop, Bebas Mini Market, Kedai Kopi Kun Sang, Kedai Bata (kasut), Restoran Everyday, NR Book & Magazines, Hing Loong Restoran,Kedai Yun Lee, Kedai Lim Yong Teck, Sinua Corporation Sdn.Bhd dan Restoran Zam Zam.Beberapa agen yang dilantik telah ditangkap polis beberapa kali tetapi dibebaskan setelah berlaku ‘rundingan dua hala’ dan tidak pernah seorangpun di hadapkan ke mahkamah.

Peminat cadang permainan sabung ayam dilesenkan

Sarang sabung ayam diserbu
[CLIK HERE] Share Dengan Rakan di Facebook
SEBAHAGIAN daripada 56 kaki judi sabung ayam diberkas apabila lokasi mereka di Taman Melati, Wangsa Maju diserbu semalam.
KUALA LUMPUR – Taktik empat lelaki yang menjadikan kawasan rumah kongsi warga Indonesia sebagai gelanggang sabung ayam sejak beberapa bulan lalu terbongkar apabila diserbu di tapak projek kondominium separuh siap di Taman Melati, Wangsa Maju di sini semalam.
Ketika diserbu pada pukul 4 petang itu, empat lelaki tersebut bersama hampir 100 kaki judi yang pada mulanya ghairah bersorak semasa ayam masing-masing sedang bersabung, bertempiaran lari ke dalam kawasan semak berhampiran.
Difahamkan, empat lelaki berkenaan telah memungut wang pertaruhan yang mencecah RM300,000 sejak ia beroperasi.
Kaki judi itu juga turut memasang pisau kecil pada taji ayam-ayam sabung mereka bertujuan untuk mempercepatkan kemenangan.
Pegawai Turus Cawangan Anti Maksiat, Kongsi Gelap dan Perjudian (D7) Kuala Lumpur, Deputi Supritendan Razali Abu Samah berkata, pihaknya menahan 56 kaki judi termasuk penganjur berkenaan berusia antara 20 dan 50 tahun dalam serbuan itu.
Tuesday, January 18, 2011
Tauke ketagih sabung ayam
RAWANG – Kebiasaannya kaki judi memilih lokasi eksklusif untuk berjudi tetapi serbuan di sebuah gelanggang sabung ayam di Taman Saujana Utama, Bandar Country Homes di sini lain pula yang berlaku.
Tauke-tauke dan ahli perniagaan yang datang berjudi di situ sanggup berpanas dan duduk di atas kerusi papan semata-mata hendak melihat ayam yang dipertaruhkan sebanyak RM22,000 bagi setiap perlawanan bertarung.
Selain itu, kaki judi juga sanggup datang ke gelanggang yang terletak di tepi sebuah kolam ikan air tawar di situ walaupun terpaksa menempuh perjalanan yang jauh dari Selangor, Melaka dan Pahang.
Bagaimanapun, kegiatan yang didalangi oleh seorang lelaki dari Kundang di sini sejak enam bulan lalu tidak ke mana apabila gelanggang itu diserbu pada pukul 4 petang kelmarin.
Dalam serbuan itu, seramai 29 kaki judi termasuk tiga wanita berusia di antara 30 dan 65 tahun ditahan. Dua daripada wanita itu merupakan warga Indonesia manakala seorang lagi warga tempatan.
Khamis, 11 Februari 2010
Kasino Sabung Ayam Di Keningau?
BANDAR ‘Kayu Manis’ (Koningau) Keningau semakin manis bagi pada penggemar judi Sabung Ayam bertaji pisau kerana sebuah Pusat Sabung Ayam akan mula dibuka pada Jumaat ini di kawasan perumahan kakitangan Jabatan Perhutanan di Tivao, Jalan Keningau-Kalabakan setelah pusat sebelum ini di Kampung Sogon telah ditutup Unit D7, Bukit Aman pada tahun lalu.
Menurut maklumat Krew Sabahkini.net di Keningau, sejak tiga hari lalu, merata ceruk Keningau telah kedengaran kokok ayam sabung dan pendaftaran telah dimulakan pada Isnin lalu bagi perlawanan pada Jumaat hingga Isnin ini sempena Sambutan Tahun Baru Cina.
Para penjudi sudah mula mendatangi Bandar Keningau termasuk daripada Sarawak, Filipina, Indonesia, Brunei dan seluruh Sabah dan hamper semua hotel di Keningau telah penuh ditempah mulai kelmarin.
Para peserta daripada Brunei masih berlegar di kawasan Tenom untuk mengelak daripada serbuan mengejut D7 kerana mereka membawa ayam dan jumlah pertaruhan yang besar.
Judi Sabung Ayam yang telah popular di Keningau sejak 20 tahun lalu didalangi seorang pegawai kanan polis berpangkat ASP yang telah ditukar ke daerah lain setelah D7 mendapat bukti beliau terlibat dan mendalangi kegiatan judi sabung ayam dan 4D haram. Sehingga kini, setiap bulan ASP berkenaan akan kembali ke Keningau untuk mengutip tol judi haram yang masih mendominasi Keningau.
Ketua Polis Keningau, DSP Zahari Mohamed yang mula menonjol selepas ASP berkenaan ditukar berjaya menangkap ramai pemilik bakakuk (senapang buatan sendiri) namun belum berjaya menghalang kegiatan’Judi Sabung Ayam’ yang menjadi trademark kepada Keningau.
Pusat Sabung Ayam ‘Jabatan Perhutanan’ dikendalikan seorang promoter terkenal sejak 20 tahun lalu, yang dikenali sebagai ‘Mr Wai’ dengan bantuan ‘Kah Liew’ seorang pengurus sebuah kilang papan yang dimiliki seorang peguam ternama di Sabah.
Tidak diketahui apakah Pengarah Perhutanan Sabah, Datuk Sam Mannan, mengetahui atau merestui Kawasan Hutan Simpan digunakan untuk Pusat Judi Sabung Ayam kerana umum sedia maklum Hutan Simpan tidak boleh dimasuki sesuka hati, apatah lagi untuk berjudi.
Mr Wai juga terlibat dengan kegiatan pengedaran syabu dan sentiasa dikawal ketat tidak kurang 10 orang pengikutnya sehingga tidak ada polis Keningau berani menyentuhnya kerana hubungan baiknya dengan pegawai kanan polis di Sabah dan Bukit Aman.
Dalam serbuan Unit Khas D7 daripada Bukit Aman tahun lalu, seramai 23 penjudi telah diberkas dan ditahan tanpa jaminan selama satu minggu sebelum mereka dihadapkan ke mahkamah dan didenda dan menjadi tamparan yang hebat kepada Kontingen Polis Sabah yang selama ini ada pegawai kanannya disyaki menjadi ‘Pelindung’ kepada aktiviti maksiat, dadah, judi dan kongsi gelap di Sabah.
Ketika itu, Pesuruhjaya Polis Sabah dan Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman tidak tahu menahu ’serbuan’ yang dilakukan Unit Khas D7 berkenaan dan hanya mampu mengucapkan ‘Tahniah’ dengan nada sinis dan senyuman sumbing!
Thursday, January 31, 2008
Kegiatan Judi Di Keningau di dalangi oleh Polis Berpangkat besar ???
Keningau yang sebelum ini terkenal dengan kegiatan pembalakan haram yang diserbu Badan Pencegah Rasuah (BPR) sebenarnya merupakan sebuah ‘Pusat Judi Sabung Ayam Terbesar’ di dunia.
Bandar yang berasal daripada ‘Kayu Manis’ (Keningau) bukanlah semanis dan seharum yang disangkakan kerana menjadi pusat segala penjenayah.
Bandar yang berasal daripada ‘Kayu Manis’ (Keningau) bukanlah semanis dan seharum yang disangkakan kerana menjadi pusat segala penjenayah.
Pusat Sabung Ayam yang terbesar terletak di Kampung Sogon, Jalan Kimanis-Keningau dan menjalar sehingga ke dalam hutan simpan Banjaran Crocker.
Kegiatan sabung ayam di kampung Sogon ini amat luar biasa kerana dikawalselia oleh Ketua Bahagian Siasatan Jenayah Keningau, ASP Bong Kuet Khiun.
Bong yang ditugaskan ke Keningau sejak 1993 merupakan ‘orang kanan’ Mantan Pesuruh Jaya Polis Sabah, Datuk Pahlawan Haji Ramli Yusuff selain ASP Leong.
Bagi mengenang jasanya sebagai ‘orang kanan’ yang menjadi ‘bill collector’, Pesuruhjaya Polis Sabah telah menyokong Bong dinaikkan pangkat daripada Ketua Inspektor kepada ASP.
“Kami rasa selamat bersabung ayam di sini. Nah kau tau sapa, itu ASP Bong yang jaga. Pandai-pandailah kalau mau hidup. Yang penting kami boleh sabung ayam,” ujar Rajak Kanduhang secara jujur ketika ditemui di rumahnya di Kampung Lingkudau.
Rajak yang berbangsa Suluk memelihara ayam sabung baka Filipina dan Saigon merupakan ‘kaki sabung ayam’ sejak 1994’.
TAUKEY…. Bong (memegang ayam) kini ‘mengusahakan’ gelanggang ayam sabung di Kampung Sogon. Pisau (taji-gambar bawah) ini dipasang di kaki ayam untuk memastikan lawannya tumpas dengan cepat.
“Selepas dapat IC, BN kasi, saya tidak takut lagi dan boleh kawan dengan polis. Kalau dulu, takut kerana tiada IC,” ujar Rajak yang berasal dari Tawi-Tawi, Selatan Filipina dan mengakui mendapat kad pengenalan projek yang ditaja UMNO Sabah sekitar 1992.
Rajak memelihara lebih 100 ekor ayam sabung baka baik dan menjadi tempat peminat ayam sabung mendapatkan ‘jaguh’ mereka kerana ayam peliharaan Rajak gagah, garang dan dipercayai diberikan vitamin secukupnya dan disuntik steroid.
Setelah mencuba lebih lima kali, akhirnya Rajak bersetuju menyusup masuk dua krew Malaysia Today yang menyamar sebagai peminat ayam sabung setelah membeli seekor ayamnya yang berharga RM2,200 untuk bersabung di gelanggang sabung ayam terbesar di dunia ini yang dihalalkan Polis di-Raja Malaysia (PDRM), kerana dijaga oleh seorang polis berpangkat ASP dan dua orang sarjan dan seorang lanskopral (nama tidak dikenali kerana mereka berkawal di tempat rahsia).
“Kita tidak kisah bayar 20 persen wang kemenangan kita. Yang penting boleh sabung dan tidak ada orang kacau. Jauh sikit tidak apa,” ujar Gabriel Pascua yang datang dari Sandakan semata-mata untuk menyabung ayam.
Gabriel antara 200 orang peminat ayam sabung dan berbelanja sekurang-kurangnya RM3,000 seminggu atau jika hari kelepasan am mencecah RM10,000.“Memang adat judi. Ada masa kita menang banyak. Ada masa kita rugi besar. Tapi selama ini saya jarang kalah,” ujar Gabriel yang turut mengikuti acara Sabung Ayam di Gelanggang Taman Tshun Ngen, Sandakan dan Batu 15, Jalan Apas, Tawau.
Ketika perlawanan pada hari minggu tersebut, sejumlah RM570,000 telah dipertaruhkan melalui lebih 20 perlawanan dengan purata satu pusingan RM30,000.
Bong dan kuncu-kuncunya yang paling seronok kerana mendapat wang kocek sekurang-kurangnya RM164,000 setiap kali acara sabung ayam selepas para pekerja menerima gaji atau pada hari kebesaran atau perayaan.
Walaupun ramai pemimpin dan penduduk kampung telah mengadukan hal ini kepada polis dan pihak berkuasa termasuk BPR, namun tindakan membanteras kegiatan judi ini tidak mungkin dapat dibasmi kerana penglibatan ramai pihak termasuk Pesuruhjaya Polis Sabah.
Sebelum ini Malaysia Today pernah melaporkan Bong telah membebaskan ramai pemilik out-let 4D haram yang ditangkap dalam operasi khas dan menjadikan ‘wang tebusan’ sebagai sara hidupnya, namun Bong dinaikkan pangkat sekalipun Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan berjanji akan memindahkan Bong.
Bong telah mengarahkan seorang polis, Koperal Balasius Anak Nyalong untuk memungut ’10 peratus daripada keuntungan bersih’ 4D’ haram daripada seorang Taukey Judi Haram, Yap Chin Fatt.
Ketika lawatan Pesuruhjaya Polis Sabah, Datuk Mangsor Ismail, ke Keningau pada 14 Sep-tember 2006, Bong telah menutup mulut Mangsor dengan ‘sejumlah angpau’ apabila ramai pegawai polis dan pemimpin politik membisikkan kegiatan 4D haram begitu berleluasa tanpa se-barang tindakan drastik polis.
Aktiviti 4D Haram ini di Keningau dikendalikan oleh Yap Chin Fatt (Huat) @ Ah Fatt yang tinggal di No. 27, Taman Adika, Keningau. Yap sering dilihat memandu kereta Honda SA3333A berwarna hitam. Beliau menjalankan perniagaan 4D haram selama 10 tahun termasuk Wahui dan penyeludupan rokok dan arak tanpa cukai. Pengaruhnya amat ketara apabila boleh ‘membeli’ semua pegawai penguatkuasa dengan wang yang dimilikinya untuk menguasai industri 4D haram.
Yap dibantu oleh seorang lelaki yang dikenali sebagai Wong. Dia menetap di rumah bernombor 21, Taman Hong Lok, Fasa 1, Keningau. Wong merupakan orang penting Yap yang mengawal lebih 150 orang pekerja. Wong sering kali kelihatan berlegar-legar di Balai Polis Keningau terutama apabila anggotanya ditahan polis dan memandu Mercedes berwarna emas bernombor SA93.
Yap turut dibantu oleh Ah Ming yang tinggal di rumah bernombor 198, Taman Future City, Keningau dan kelihatan sering memandu kereta Toyota berwarna putih bernombor SA909C. Ah Ming merupakan perintis operasi kerana menjalankan modus operandi aktiviti 4D haram dan Wahui sejak 15 tahun lalu tanpa sebarang ’gangguan’ daripada pihak berkuasa walaupun beratus laporan telah dibuat oleh orang awam, Ah Ming begitu pintar dan mempunyai ‘kabel’ di dalam Balai Polis Keningau, Ibu Pejabat Polis Kepayan dan Bukit Aman. Dia terlebih dahulu mengetahui bila serbuan akan dibuat dan lazimnya dia akan memberhentikan kegiatan buat sementara waktu sehingga serbuan selesai.
Modus operandi 4D haram ini begitu mudah kerana pasaran tersedia terutama ’kubu’ warga asing Filipina dan Indonesia yang bekerja di kilang papan dan kontrak kerajaan yang mem-budayakan judi sebagai ’halal’ dan ’suka-suka’ untuk mendapatkan rezeki.
Tiket 4D haram ini dicetak di Kota Kinabalu di Inanam dan diedarkan oleh pengedar berdaftar dan dijual secara terbuka di kedai yang dilantik oleh Yap, Wong dan Ah Ming. Setiap hari se-orang lelaki yang menunggang motorsikal akan datang membuat kutipan dan menyerahkan kepada Yap.
Cabutan mingguan akan dibuat pada setiap hari Isnin (atau hari lain) di rumah Ah Ming di Taman Future City yang akan dikerumuni agen dan orang ramai secara bebas dengan kawalan polis berpakaian biasa. Jika ada serbuan atau sebarang gerakan mengejut mereka akan beredar secara senyap atau berlagak seolah ada majlis sambutan ulang tahun atau kesyukuran.
Sehingga kini, ’Geng 3 Stoogies’ ini telah melantik 17 out-let menjual tiket mereka iaitu Kedai Kopi Tip Top, Kedai Seiko Tailor, Kedai Kopi Long Fatt, Kedai Capital Milk Bar, New Capitol, Kedai Kopi Gracia, Wei-Wei Shop, Bebas Mini Market, Kedai Kopi Kun Sang, Kedai Bata (kasut), Restoran Everyday, NR Book & Magazines, Hing Loong Restoran,Kedai Yun Lee, Kedai Lim Yong Teck, Sinua Corporation Sdn.Bhd dan Restoran Zam Zam.Beberapa agen yang dilantik telah ditangkap polis beberapa kali tetapi dibebaskan setelah berlaku ‘rundingan dua hala’ dan tidak pernah seorangpun di hadapkan ke mahkamah.
Khamis, Mac 18, 2010
Dasar Indon Lupa Diri
Di zaman dahulu memang orang Melayu terbabit dengan kegiatan laga ayam. Namun aktiviti menganiaya haiwan itu tidak lagi dipraktikkan kini.
Terbaharu, dari tinjauan krew 999, kawasan berhampiran kongsi pekerja binaan warga Indonesia di Lembah Klang dijadikan gelanggang perjudian terbuka laga ayam. Pada hujung minggu dilaporkan lebih 200 warga negara sama berjudi sesuka hati
"Masa kita orang rakam gambar, ternampak 4 ekor ayam cedera dan mati dibawa keluar. Nak masuk ke tempat tu punya susah, kena lalu dalam hutan. Nyamuk dia besar ibu jari ," ujar wartawan bertugas membuat intipan.
Buat masa ini biarlah saya rahsiakan lokasi itu kerana operasi menangkap mereka terbabit belum lagi dilaksanakan.
Kegiatan perjudian khususnya di penempatan warga Indonesia bukan asing. Aktiviti itu diimpot ke sini. Untuk rekod, laga ayam cukup dikenali di Bali, Indonesia, lihat gambar berikut.
Gambar: Laga ayam di Bali, Indonesia.
Barangkali kerana tiada kemudahan untuk aktif di laman sosial seperti Facebook, mereka mecipta laman sosial mereka sendiri. Saya difahamkan lokasi terbabit pernah diserbu pihak polis sebeelum ini tetapi longkang besar dan kawasan berbukit berhampiran memudahkan mereka melarikan diri.
Setelah memperjudikan nasib berhijrah ke negara ini samada secara sah atau menyeludup masuk secara haram, kini mereka mempertaruhkan wang diraih hasil titik peluh bekerja membina kondominium di kawasan berdekatan. Tidak mustahil jika segelintir mereka terperangkap turut mempejudikan wang bulanan sepatutnya dikirim untuk menyara keluarga di negara asal.
Seperkara lagi, tidak perlu menegur mereka berhubung tindakan kejam menyeksa binatang kerana mereka tahu. Ayam sebelum disabung, dilekatkan pisau di kaki pengganti taji. Dalam pertarungan pasti haiwan itu cedera atau mati sedangkan penonton bersorak, menjerit kegembiraan bak umat di zaman jahiliah.
Di samping laga ayam, warga Indonesia juga dikatakan seringkali terbabit dalam perjudian 'bola golek'. Namun tidak dapat disangkal, sebilangan mereka mungkin 'diperkudakan' taukeh judi warga tempatan.
Andai mereka diberkas kelak, teringin benar saya untuk melagakan mereka terpilih. Kepala laga kepala, perut laga perut.

Tidak diduga, sebilangan warga Indonesia sudah lupa tujuan asal mereka berhijrah ke Malaysia. Hidup merempat di negara sendiri, apabila berpeluang hidup sedikit selesa di sini mereka mula berjudi.
Dasar Indon lupa diri!